Sumber Twinkl boleh dimuat turun daripada laman web atau Aplikasi Twinkl ke telefon dan tablet Android anda. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mencetak sumber yang telah dimuat turun ke peranti mudah alih Android anda:
Pastikan pencetak (printer) anda menyokong fungsi cetakan tanpa wayar (wireless printing).
Pastikan anda telah menyambungkan peranti anda ke pencetak melalui bahagian 'Settings' (Tetapan) pada peranti anda.
Pastikan pencetak dan peranti anda disambungkan ke rangkaian Wifi yang sama.
Buka sumber yang ingin dicetak dan cari ikon 'Menu' (tiga garisan mendatar) atau 'More' (tiga titik bertitik), ketik pada ikon tersebut dan tatal (scroll) sehingga anda menemui pilihan 'Print' (Cetak).
Pilih pencetak anda, tentukan bilangan salinan yang ingin dicetak, kemudian ketik 'Print'.
https://www.loom.com/share/aa4666d72ad84c72bee746234f81a3d4
Maklumat lanjut mengenai cara mencetak daripada telefon atau tablet Android boleh didapati di sini.
Sila hubungi TwinklCares jika anda memerlukan bantuan lanjut untuk mencetak daripada peranti Android anda.
Dapatkan akses segera ke lebih sejuta sumber - jadi ahli Twinkl sekarang!